Selepas 2 hari kami menjalankan khidmat masyarakat, kami
semua akan berangkat pulang ke Phnom Penh. Semua penduduk kampung keluar untuk
mengucapkan selamat tinggal.
Penduduk Kampung
berkumpul untuk mengucapkan selamat tinggal
Ada yang memeluk anak angkat masing-masing dan tak lupa juga
ada yang memberikan buah tangan. Suasana sedih menyelebungi di situ. Sebelum
saya pulang, tiba-tiba Pak Haroun berkata;
“Saya minta maaf bagi semua orang di sini”
Saya terkejut apabila Pak Haroun bercakap melayu. Selama
ini, Pak Haroun hanya tersengih atau pun berkata “Tak faham”. Saya pun
mengucapkan terima kasih kepada keluarganya kerana melayan saya dengan sangat
baik.
Di hadapan Masjid
Kampung Keh.
Kami pun berangkat dari Kampung Keh dari sana pada pukul
8.00 pagi sambil memandang lambaian penduduk kampung. Saya pun memikirkan jika
saya datang lagi pada 10 tahun akan datang, adakah keadaan masih sama?
No comments:
Post a Comment