Kami berangkat daripada Hotel New York pada pukul 8.00 pagi
ke Lapangan Terbang Phnom Penh untuk mengambil sukarelawan Puteri Islam yang
baru tiba.
Kami dan sukarelawan Puteri Islam kemudian bergerak terus ke
Kampong Keh, Kampot dengan 2 buah bas meninggalkan kota yang berdebu itu.
Jalan Raya di Phnom
Penh
Sepanjang perjalanan,
kami semua dapat melihat tanah lapang yang amat luas di tepi jalan. Situasi ini
amat jarang sekali saya lihat di Malaysia, jika ada pun hanya di Kedah.
Sedang saya
melihat suasana hijau di tepi jalan.
Tiba – tiba, “translator” kami, Mad Nor menanyakan soalan kepada saya;
"Where do you want
to eat? Under the tree or inside the bus?"
(Di mana kamu semua mahu makan? Bawah pokok atau dalam bas?)
Saya menjawab;
"Under the tree (bawah pokok)"
Kerana saya tertarik dengan suasana hijau di situ.
Namun begitu, selang beberapa minit kemudian, Mad Nor
memberi isyarat kepada saya;
"Raining !….Raining ! ( Hujan !….Hujan !)"
Melihat “Aunty-Aunty” Puteri Islam yang sudah kelaparan sejak tiba di Phnom Penh , saya menjawab;
"We eat inside the bus ( Kita makan dalam bas)"
Saya dan Mad Nor pun mengagih – agihkan nasi lemak yang disediakan oleh Restoran D’wau kepada semua sukarelawan.
Selepas makan, saya berbual-bual dengan Mejar Hj. Amiruddin. Fahaman komunis Mozito, Khmer Rouge dan perbezaan antara Malaysia dan Kemboja bermain-main di fikiran saya. Mejar memberitahu saya bahawa pada zaman Khmer Rouge, sesiapa sahaja yang boleh berbahasa dan beragama asing (termasuk akan dibunuh. Bagi mereka, ini merupakan ancaman kepada kebangkitan rakyat. Bagi mereka, ini adalah “alien” (makhluk asing) dalam Negara mereka sendiri.
Satu persoalan oleh Mejar yang menarik perhatian saya adalah ;
“Kalau di Malaysia, budak – budak bermain bola, kalau di sini, budak – budak bermain apa?”
Sepanjang perjalanan, tiada kelibat tiang gol atau taman permainan di tanah lapang yang amat luas. Mungkin jawapan soalan Mejar itu ada di Kampung Keh nanti.
Bas yang membawa kami meneruskan perjalanan di dalam keadaan hujan. “Aunty – Aunty” semuanya telah tidur kekenyangan di dalam bas. Saya tidak dapat melelapkan mata di dalam bas oleh kerana pemanduan bas yang “amat berhemah”. Ternampak kelibat banyak murid-murid sekolah berbasikal di dalam hujan. Saya kagum dengan semangat mereka, dengan harapan supaya mereka akan mengubah nasib mereka di bumi sendiri.
Beberapa jam kemudian kemudian, kami tiba di Wilayah Kep.
Bas yang membawa kami berhenti di persisiran pantai untuk makan tengahari.
Pantai Wilayah Kep.
Kami pun makan di dalam pondok yang disediakan di pantai.
Bungkusan Nasi goreng ayam dan air mineral diagih – agihkan kepada sukarelawan.
Muka “Aunty-Aunty”
ceria mendapat makanan
Sedang saya makan, tiba- tiba Mad Nor memanggil saya;
“I want you to collect 5 USD for each…..” (Saya mahu kamu
kutip 5 USD untuk setiap…)
Saya pun hairan, kenapa setiap seorang harus membayar 5 USD
hanya untuk makan di pondok? “Aunty-Aunty” semua menunjukkan rasa tidak puas
hati.
Rupa-rupanya, bukan setiap seorang….tetapi bagi setiap
pondok….pondok ini disewa kepada pelancong. Jadi kami semua makan di dalam
pondok dan dicas 20 USD (4 pondok).
Di pondok yang lain, Mad Nor dan 2 pemandu bas makan. Saya bertanya kepada mereka;
Di pondok yang lain, Mad Nor dan 2 pemandu bas makan. Saya bertanya kepada mereka;
“You don’t pay?” (kamu tak bayar?)
Mad Nor menjawab;
“Drivers don’t have to pay…..hahahaha” (Pemandu tak perlu
bayar….hahahaha)
Fahamlah saya bahawa cas ini
hanya dikenakan kepada orang luar. Orang kemboja tidak akan dikenakan
cas (Semangat kenegaraan mereka ada di situ).
Kami semua makan nasi goreng ayam sambil ditemani anjing
yang mundar-mandir di situ
Kemudian saya pergi di tandas, di situ saya lihat ada
masalah komunikasi antara “aunty-aunty” dan penjaga tandas. “Aunty-aunty” memikirkan berapakah kadar tukaran 1 USD
kepada Riel (duit kemboja), dan jika 1 USD = berapa riel, berapa pula RM1 = ?
Riel sambil Penjaga tandas tersengih-sengih di situ. Saya terus menanyakan
berapakah bayaran untuk masuk ke tandas. Penjaga tandas itu memberitahu seorang
= 1000 Riel. Jadi, saya hulurkan 1 USD untuk 3 orang dan mendapat baki 1000
Riel (1 USD = 4000 Riel).
Selepas selasai urusan di Kep, kami pun meneruskan
perjalanan ke Kampong Keh yang memakan masa 20 minit dari situ.
No comments:
Post a Comment