Pada 28hb mei, Puteri Islam Malaysia telah mengadakan
Program Kembara Prihatin di Kampung Keh
,Kampot, Kemboja. Program ini telah diadakan untuk khidmat sukalerawan dari
segi pemulihan, pembelajaran dan perubatan. Seramai 63 sukarelawan telah
terbabit di dalam misi ini. Perbincangan di antara sukarelawan telah diadakan
untuk mejelaskan tugas dan keadaan di sana nanti. Sedikit sebanyak info tentang
kawasan program telah diperolehi;
Daripada perbincangan, kami telah ditunjukkan dengan keadaan
masjid yang daif, yang memerlukan pemulihan. Kami juga diberitahu bahawa di
situ komuniti muslim adalah diabaikan kerana di Kemboja, walaupun komuniti
muslim menduduki 22 daerah daripada 26 daerah di kemboja namun ia hanya
mewakili sebanyak 2% daripada keseluruhan populasi penduduk kemboja. Dengan
ini, kami berasa lebih bersemangat untuk menyumbangkan keringat di sana nanti.
(p/s: anda boleh melihat terus Tips untuk Persediaan ke Kemboja dan Tips Apabila Berada di Kampung Keh)
(p/s: anda boleh melihat terus Tips untuk Persediaan ke Kemboja dan Tips Apabila Berada di Kampung Keh)